When I'm down, they will cheer me up ღ

Hi dan assalamualaikum,

Untuk entri kali ini, aku ingin menceritakan tentang beberapa makhluk tuhan yang sangat rapat tambah gila dengan aku selama ni. Thanks sebab selalu ada untuk aku kawan, aku takkan lupakan korang sampai mati even masa tu aku dah sombong dah berubah tak macam nana yang korang kenal dulu tapi satu je aku nak cakap yang korang akan tetap ada dalam ingatan aku :')



Ekyn, syera, ya, intang, raz, keynah, sue, syila, farhana, nabil & jazrul
Mereka adalah kawan sebaya & rapat dgn aku di sekolah, semua gila korea tak terkecuali aku. Err terpengaruh sebab dorang la, dalam sehari tak sah hidup kalau takde topik pasal korea. Hehehe, dorang memang yang terbaik, luv them all. Muah sikit, rindu korang :'( *tak sabar tunggu persekolahan bermula, nak lepak kat rumah ya mcm dulu*




Geng Bas Sekolah PokNik <3 
Sumpah kabo aku rindu korang sekarang ni, mentang-mentang ler cuti sekolah en memang susah nak jumpa.  Tahun depan mungkin dah tak semeriah dulu tanpa abang besar kita an. Kita selalu tunggu bas time balik kat  spa tu, takkan lupa kot sebab dah macam-macam berlaku. Pasal orang gila la, apela, macam-macam~ Dan pesanan khas ditujukan kepada KHUZAIRI EFAN yang memang rapat gila nak mati dengan aku dalam bas ni;

Apown!! Kau jangan pernah lupa aku tau, jangan lupa janji kau nak ambil aku balik sekolah, jangan lupa janji kau nak belanja aku nasi ambe, jangan lupa janji kau nak balas dendam time birthday aku nanti. Kalau pergi kedai lepas balik sekolah nanti, mesti aku sedih sebab aku terkenang yang dulu aku selalu belanja kau air tin. Aku marah kau kalau ambil air gas sebab tak elok untuk kau. Tapi kalau aku minum takpela ;p Kalau aku duduk sorang2 nanti dalam bas mesti teringat yang dulu kau selalu duduk sebelah aku, kita berborak sampai takde topik nak cakap. Jaga diri elok-elok masa pergi PLKN nanti k. Apapun aku akan setia menanti kau membalas dendam hehe :3







Ni sepupu yang paling rapat dengan aku dari kecil sampai sekarang. Pernah bergaduh dengan dia masa kecil, haha zaman budak-budak lagi masa tu en. Mek, aku ingat lagi masa kita main masak-masak daun kat bawah umah nenek dulu, masa tu memang best. Habis semua benda kalau boleh kita nak bakar :3 Aku tak tahu ah kalau kau dah lupa pasal ni, orang tukan bnyk menda nak ingat. biase lah hotsetahh ;p Apapun aku sayang kau gilaaaaa :*















This is Sara Azmeelia, my only amoi mata sepet tapi mata tak boleh jugak buat juling. haha k gurau je :p Dulu panggil dia sara tapi sekarang dah terlekat panggil meea sebab dia punya pasal la. Orangnya cantik, comel lepastu mixed chinese pulak. Dia ni dah lama taken oleh Muhamad Fazlee aka Cicak sejak setahun yang lepas. Mula-mula kenal dia daripada lia then bila dah bergiat aktif dalam MySpace kiteorang jadi baik and rapat lama kelamaan. Kisah dia dan aku serupa, tapi alhamdulillah hubungan dia dgn cicak masih kekal sampai sekarang even banyak masalah yang berlaku. Kisah aku? err dah sampai ke kubur bro, saya takkan pandang ke belakang lagi :) Saya syg awk meea miaowww :*


Yang ini pula adalah bini fake aku di FB, haha kiteorg just suka-suka buat relationship. Aku kenal dia mula-mula di Twitter pada 15March yang lalu. Tak sangka dia ni peramah, tegur balik even kita tak kenal lagi masa tu. Kekadang malam2 kalau ada masa free onthephone jugak ler dengan dia tapi dah kurang skrg ni :| Insyaallah satu hari nanti lepas kita habis SPM kita jumpa awk ok? syg kamu, anis sofea ishak <3


Post kali ni dah masuk kali keempat nama dia naik dalam blog. Kk ada sebab kenapa aku mention pasal dia sekali lagi dalam post ini. Dulu sebelum in relationship dengan dia, kiteorg kawan baik. Malam-malam kalau aku bosan aku text lah dia tu pun 2 3 message je kan? Dia peneman aku berwebcam dulu sekarang ni peneman aku di twitter dan skype pula. Malam-malam sebelum tidur tak sah kalau tak skype dgn dia. Lepastu pagi-pagi kena kejut dia bangun, tu pun kalau bangun awal haha. Awak nak tau tak? awk yang terbaik dimata saya sekarang, wo ai ni art gegegedikkkkkk :*



Ni abang besar saya, umur dah 71tahun. haha xD Dia ni SENGAL gila nak mampus, tak habis-habis nak cari pasal dengan aku dari dulu sampai sekarang. Dulu selalu berperang dengan dia kat blog, tapi skrg semua post tu dah takde sebab aku delete :| Setiap perbuatan yang aku lakukan ada sebab disebaliknya. ecehhhhh. Janji tinggal janji je, hampehhh dulu beria cakap nak berhenti smoke, bila aku jumpa dia baru-baru ni tengok dia smoke depan mata aku je. Sabor jela masa tu, kalau tak memang abang sorang ni dah dapat makan kasut wedges 8 inchi celup tepung special ni tau tak :) FYI, adik tak suka elmo dala. I'm not longer baby elmo, elmo madness T_T sekarang ni suka Angry Bird lol, jgn lupa tu :p Ni blog dia; http://jiwak0s0ng.blogspot.com/ haha sila stalk okay :) Thanks sebab still ambil berat pasal adik <3



Ini penguin saya, dia berasal dari kutub utara. Sekarang dah jadi limited edition dan terhad sebab kepupusan. Haha k gurau :3 Budak ni yang menjadi cikgu ajar saya kawad sampai teror. Dia baik sangat2, tak tahu la acane boleh jadi rapat gila dulu sampai dah tersuka kat dia. K senyap tu dulu, sekarang kawan baik selamanya. Dia banyak jugak la buat saya rasa nak makan dia hidup-hidup sebab kuat menganjing. err sabor jela dengan mamat sorang ni. Eh penguin, saya mintak maaf sebab kita dah tak rapat sangat macam dulu. My mistake, I'm sorry. Sincerely, your queen T_T


Abang pakcik atuk moyang Faiz Amiruddin ni saya tak pasti sama ada kenal hujung tahun lepas ataupun awal tahun ni. K tak kisah lahtu, asalkan kenal jugak en? Abang sorang ni boleh dikatakan peramah jugak. Dia selalu contact aku melalui phone, tapi aku je dulu yang sombong tak nak layan. Orang mintak maaf sgt2 k? Bila aku dah tahu hidup dia acane, k kalau boleh memang nak selalu ambil berat. Entah tak tahu kenapa, maybe kamu dah jadi sebahagian hidup saya sekarang. Saya dah anggap kamu macam abang saya sendiri, k art tolong jgn jelous tau, takde menda pun :)


Ini pula Syafiq Zufairy adik angkat aku, muda setahun je. Masalah dia semua dia share dengan aku. K sometimes kesian juga tengok dia sebab selalu sedih and macam kena dipermainkan je. Kisah dia lagi teruk dari aku. Sabar ye adik. Sepanjang kiteorg kenal, hanya sekali baru dapat jumpa. Tu pun jumpa masa perkhemahan Kor Kadet Polis. Insyaallah ada peluang kita jumpa lagi okay dik? <3

dan kawan paling teristimewa yang akan mengakhiri post kali ini adalah;

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|




You're one in a million
saya sayang kamu ketat-ketat, ilya dayana bt kamaruddin <3

Popular Posts