Kisah zaman PLKN.



Hi dan assalamualaikum,

Entry kali ni saya nak berceloteh pasal Khidmat Negara atau lebih glamour dipanggil PLKN. Hampir setahun masa berlalu, 1hb April nanti dah memang genap setahun hik. Siapa yang tak pernah merasa PLKN memang rugi sangat tau. Banyak pengalaman menarik yang boleh dijadikan pedoman semasa 3 bulan disana. Hidup disana memang ibarat tinggal dalam penjara, terkurung bagai, tak boleh keluar sesuka hati, pukul 11 malam lampu wajib dimatikan, kena denda seminggu pakai full loreng, tapi bila ramai kawan sekeliling yang bagi semangat harapan nasihat tambahan ada pelatih yang memang giler sporting, at least terubat sedikit rindu didada.

Bukan apa, sebenarnya nak cakap yang saya rindu sangat kenangan tu. Yelah, dengan kawan yang baru kenal tak sampai sebulan tapi dah kamcing bagai. Macam isi dengan kuku, sentiasa bersama.

Memang tak dinafikan, siapa tak sedih kalau baru kali pertama berjauhan dengan family? Baru 2 minggu kat kem, dah homesick bagai. Hampir setiap hari call family and dia, berderai airmata rindukan mereka. Nasib baik ada kawan, namanya Kety, Manie, Huda, Yatie, Ema, Roti dan lain-lain selalu dengar luahan pot pet pot pet dari saya.

Tapi bila dah lama-lama tu, automatik jadi okay, dah tak sedih macam mula-mula datang. Setiap hari, ada je bende baru yang terjadi. Sebelum Subuh memang dah sah bangun, then mandi, sembahyang siap-siap kat surau then get ready for senaman pagi. Enjoy setiap pagi macam ni, especially bila cikgu Anas nak buat PT 10. Haa apa lagi kau, memang saya and the geng kecoh giler time tu. Tapi yang tak bestnya, matahari tak terbit lagi kiteorang dah kene nyanyi lagu Negaraku, negeri Terengganu & PLKN~

Time kelas pun best, memang enjoy sebab tak belajar pun sebenarnya. Just main-main macam budak tadika. 10 minit sebelum kelas start, akan ada lagu dimainkan. Siapa masuk kelas lepas lagu habis dimainkan memang kena denda. Bukan nak bangga, tapi saya selalu antara yang terawal masuk kelas. Ada motif sebenarnya ehek. Nak collect mata tertinggi untuk kumpulan saya, last-last tak menang apa-apa pun. LOL

Lepas Zohor, kelas bersambung seperti biasa. Kebanyakkan kalau waktu cenggini kiteorang banyak stay kat dewan makan buat aktiviti pertolongan cemas, pandu arah, and etc. Kawad kaki jarang, kalau matahari tengah redup jaa baru kiteorang kawad. So tak perlu risau sangat la. Tak jadi negro pun kalau berjemur macam tu. Then break.

Sambung lepas Asar, ni lebih kepada aktiviti riadah. Suka hati la nak buat aktiviti pape pun, asalkan pergi beriadah. Tapi kalau time cenggini saya, Kety, Manie, Ema & Dila banyak menghabiskan masa kiteorang lepak tepi Tasik Titiwangsa ataupun tengok wira-wira main bola. Syok apa, sambil bersorak, sambil kibarkan bendera kompeni masing-masing sampai gaduh mulut pun ada. Haaa, lupa nak cakap. Saya ni ahli kompeni ALPHA. Tagline; *ALPHA JUJUR.

Hurmm bila dah banyak pot pet pot pet ni, tetiba makin rindu. Saya rasa sampai esok pagi pun belum tentu habis bercerita. Terlampau banyak kenangan, macam-macam kene. P/s; Art, jangan marah. Saya cuma rindukan kawan-kawan saya.

Sayangnya, saya cuma sempat berada disini selama 2 bulan. Tinggal sebulan je lagi sebelum habis program ni. Sayang, tapi nak buat macam mana lagi? Pelajaran harus diutamakan. Saya dah tak perlu kembali semula ke kem sebab syaratnya kalau dah cukup 2 bulan berada disana boleh dilepaskan balik serta merta. Destinasi saya seterusnya ke Pulau Pinang, selamat tinggal Kem Padang Kacong, Marang, Terengganu :')












Thankyou :']

Popular Posts